Friday, November 20, 2009

ABANG JAMAL MAAFKAN SAYA..............


Saya merasa malu digelar pengohet kental di Sri Aman. Kekalahan saya terhadap kedua pelari cilik ini membuatkan saya begitu malu. Walaupun mendapat tempat ketiga saya masih malu kerana ketinggalan sebanyak 15 saat dibelakang mereka berdua. Saya pasti abang Jamal akan mempersoalkan teknik yang sering diajarkan pada saya setiap petang. Abang Jamal pasti menyesal kerana menghantar saya tetapi tidak Yan....Maafkan saya Abang Jamal...lepas ni saya akan pikul basikal Giant Carbon dan lari keliling padang. (Ceh...kalau setakat carbon sebelah tangan pun boleh..)

Tuesday, November 10, 2009

Aku menduakan Kay


Bersanding dengan Dee....hehehehe nak tambah jadi 8 mcm Tuan Guru Abuya Norseman
Aku tahu Kay terlalu sedih....sedih kerana hari ini aku tidak bersama dia melewati pemandangan indah disekitar sri aman. Bersedih kerana hari ini aku bersama Dee secara sah. Sah Dee aku miliki...selepas tamat edahnya bersama Moss. Aku bersama-sama Dee melayari saat indah melewati saat mentari mahu beradu. Ternyata Dee agak bertenaga. Malam itu aku makan malam bersama rakan-rakan makan di BSA. Ramai rakan-rakanku memuji ke elegant nan Dee.
He he he bangga sungguh aku......
Malas nak tulis panjang-panjang sebab Dee panggil aku untuk gosok belakang dia.....Kay?
Malam ni dia tidur luar.........................................
* Ni citer pasal basikal lah.......gambar kat atas tu...over sikit tau!!!!!Dont feel offended hahahah

Wednesday, November 4, 2009

Aku Jatuh Cinta Lagi


Dari tadi mataku melihat Dee di samping Moss. Sesekali Moss mengusapi tubuh Dee dihadapan aku. Aku kagum melihat Dee. Badannya langsing. Ternyata Dee amat mempersona. Dan aku terpesona dengannya. Aku mencapai Kay dan kami pulang. Sebelum pulang bersama Kay, aku sempat melirikkan jelinganku pada Dee. Dee seolah-olah tersenyum padaku. Moss pada masa tu leka bercerita dengan Abang Jamal dan Duan. Duan menyedari tingkah ku yang dari tadi memerhatikan Dee. Aku terus pulang bersama Kay. Kay adalah milikku. Kay sangat bermakna buat ku...Kay juga cantik dan atletik. Aku memilih Kay menjadi temanku kerana dia juga lasak. Aku dan Kay pernah bersama-sama dihutan, di gunung dan dilopak. Tapi Dee ternyata berbeda. Dee lebih lembut....lebih feminin. Ciri-ciri kebandarannya membuat aku terpesona. Malam aku tak dapat melelapkan mataku....Dee bermain-main di ruang fikirku. Aku sering membayangkan Dee bersamaku. Kami bersama melayari perjalanan di pinggir Bukit Temudok. Sesekali aku memimpin Dee bersama-sama. Tiba-tiba aku di kejutkan dengan deringan telefon. Nama Moss tertera dipaparan. "Hello....." jawabku tenang diselangi debaran. "Zal....aku tahu kau sukakan Dee...lebih baik kau berterus terang dengan aku...."Moss bersuara. Aku bertambah gementar dengan kata-kata Moss itu. " Dari tadi aku lihat kau melihat dia....kau ingat aku tak perasan?" Moss mula meninggikan tona suaranya. "Ye..tapi salahkah Moss....kau memang bertuah, Dee memang cantik." Akui ku berani. "Kau mahukan dia?", Moss bertanya pada ku. Aku membisu. Ye aku inginkan dia. Walaupun aku sudah memiliki Kay tapi salahkah aku memiliki Dee...Salahkah aku memiliki kedua-duanya. Sedangkan dalam Islam dibenarkan memiliki 4 isteri jika mampu. Aku hanya mahukan Dee dan Kay....itu sahaja. Aku pasti dapat menanggung kedua-duanya. Abang Jamal sendiri memiliki 8 buah hati, aku rasa aku juga boleh memiliki lebih dari satu. "Zal....sebenarnya aku memang mahu berpisah dengan Dee. Ini kerana aku sudah bertemu idaman hatiku Gie. " jelas Moss padaku. "Apa? kau mahu berpisah dengan Dee?" aku benar-benar terkejut....."Ye Zal....kalau kau mahu kau ambillah cma kau bayar aku RM700. Dua kali bayar...lagipun aku dah upgrade dia." Moss menjelakan penjelasannya padaku yang dari tadi terdiam. "Errr....nanti aku confrim dengan kau later", kata ku lagi. Aku menamatkan perbualanku dengan Moss. Alamak....gajiku agak lambat bulan ni...aku kena berjimat. Walaupun aku mahukan Dee...namun buat masa ini aku tangguhkan dulu. Dee...jika aku ada duit lebih nanti pasti kau ku miliki....oh Dee my beloved Decathalon 650.

* Kepada pembaca....ini bukan kisah jiwang tapi kisah nak beli basikal le.....Dee tu basikal Decathalon Hybrid Road 650. Kay tu.....basikal aku sekarang KHS. Gie tu....Giant idaman Moss.
Kalau nak samakan basikal dengan Bini....Abang Jamal kena minum tongkat Ali berliter-liter tau sebab nak layan MERIDAH, GIANT,JCB,RALEIGH, dan..banyak lagi...8 tau!!!!!!